Skip to content

Organisasi anda

Organisasi anda telah memilih untuk menyediakan alat komunikasi SpeakUp® yang dicipta oleh People Intouch B.V. (‘we’, ‘us’, ‘our’) kepada anda.

People Intouch B.V. berasaskan di Belanda, di dalam kesatuan Eropah (EU), oleh sebab itu kami bertekad untuk mematuhi EU GDPR (Peraturan Umum Perlindungan Data), salah satu peraturan perlindungan data peribadi yang paling menyeluruh di seluruh dunia.

Anda tertakluk kepada Pernyataan Privasi ini semasa anda mengguna SpeakUp® untuk berkomunikasi dengan organisasi anda.

Perihal SpeakUp®

Melalui SpeakUp®, anda boleh membuat laporan dan memulakan perbincangan yang selamat dan terjamin dengan organisasi anda di dalam persekitaran SpeakUp®.

Organisasi anda bertanggungjawab atas pemprosesan data peribadi anda melalui SpeakUp® dan kekal sebagai pengawal data. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai SpeakUp® dan bagaimana data peribadi anda akan diproses, sila hubungi organisasi anda atau semak Polisi SpeakUp dan/atau Polisi Privasi mereka. People Intouch adalah pemproses data, dan kami memandang serius peranan tersebut. Ini bermaksud kami menyediakan cara yang paling selamat kepada anda untuk berkomunikasi dengan organisasi anda.

Privasi anda adalah penting untuk kami. Kami mahu anda berasa selamat ketika mengguna SpeakUp® dan kami ingin memberitahu anda perkara berikut:

Data sensitif

SpeakUp® bukan ditujukan untuk berkongsi data peribadi sensitif seperti kaum, data kesihatan, pandangan politik, kepercayaan falsafah (beragama atau atheis dan sebagainya), orientasi seksual atau sejarah perundangan. Kami dengan hormat meminta supaya anda mengambil kira perkara ini semasa menggunakan SpeakUp®.

Golongan bawah umur

Jika anda merupakan golongan bawah umur, organisasi anda perlu mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga anda supaya anda boleh mengguna SpeakUp®, jika dikehendaki oleh undang-undang.

Cara berfungsi

Apakah yang akan berlaku kepada laporan yang dibuat melalui SpeakUp®?

Kandungan laporan akan dikongsikan dengan organisasi anda dan hanya akan digunakan dan diproses berdasarkan tujuan SpeakUp® yang diperkenalkan oleh organisasi anda. Laporan akan sentiasa dikongsikan dengan organisasi anda dalam bentuk tertulis. Laporan audio akan ditranskripsikan sebelum dikongsikan, dan fail audio tersebut akan dipadamkan secara automatik. Anda boleh mengaktifkan e-mel notifikasi atau pemberitahuan tolakan untuk SpeakUp®. Anda boleh menyahaktifkan pemberitahuan tolakan untuk aplikasi mobil SpeakUp® pada bila-bila masa melalui tetapan peranti anda. Semak Polisi SpeakUp dan/atau Polisi Privasi organisasi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai apa yang berlaku kepada laporan yang dibuat melalui SpeakUp®.

Anonimiti

Ketika membuat laporan melalui SpeakUp®, anda boleh membuat keputusan untuk berkongsi identiti anda dengan organisasi anda atau kekal tanpa nama. Jika anda berkongsi butir peribadi dalam laporan anda, butir-butir tersebut akan diproses oleh organisasi anda semasa mereka mengendali laporan anda.

Mengapa data peribadi diproses ketika menggunakan SpeakUp®?

Pemprosesan data peribadi melalui SpeakUp® diperlukan:

Data manakah yang akan diproses?

Sesetengah data yang dibekalkan oleh anda akan dikumpulkan secara automatik semasa menggunakan SpeakUp® dan tidak akan dikongsi dengan organisasi anda. Data ini diproses untuk menyediakan semua fungsi SpeakUp® kepada anda, untuk tujuan pengesahan, untuk tujuan notifikasi (jika telah diaktifkan; contohnya alamat e-mel anda), untuk menwujudkan sambungan yang selamat dengan peranti anda dan mengelak dan mengesan ancaman keselamatan atau aktiviti berniat jahat yang lain. Maklumat ini tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan yang lain dan hanya akan disimpan selagi diperlukan untuk tujuan yang dimaksudkan, kecuali dalam situasi di mana tempoh tersebut terpaksa dipanjangkan kerana berlakunya aktiviti berniat jahat.

Keselamatan data

People Intouch telah mengambil langkah-langkah yang menyeluruh untuk mengelakkan kehilangan, penyalahgunaan atau pemindaan data peribadi anda. Semua data akan disulitkan ketika dihantar melalui laman web SpeakUp® dan aplikasi mobil SpeakUp®. 

Cecikut

Semasa melayari laman web SpeakUp®, cecikut sesi digunakan untuk menyediakan komunikasi yang selamat. Cecikut sesi ini akan dipadamkan selepas dua (2) jam. Anda boleh menggunakan tetapan pelayar anda untuk memadam, menyahaktif atau menyekat cecikut.

Modifikasi

People Intouch ingin memastikan bahawa anda sentiasa dimaklum sebaik mungkin, dan mungkin meminda dan mengubah Pernyataan Privasi ini dari semasa ke semasa.

Apakah hak anda?

Organisasi anda bertanggungjawab atas pemprosesan data peribadi anda dan menjamin hak anda berdasarkan undang-undang perlindungan data yang berkaitan. Sila semak Polisi SpeakUp dan/atau Polisi Privasi organisasi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemprosesan data peribadi oleh organisasi anda dan hak perlindungan data anda.

Kemaskini terakhir 12 Juli 2022

***